Oleh : Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Mac. - Dengan adanya Kampung Budaya ini akan dapat mengelakkan daripada pelancong-pelancong terpaksa berjalan jauh bagi menikmati dan juga melawat ke puak-puak asli iaitu tujuh puak asli di Negara Brunei Darussalam. InsyaaAllah, perkara ini akan dilihati, akan dirunding dengan juga relevan kementerian akan kesesuaiannya dan jika, insyaaAllah kalau ada tempat yang sesuai akan dipertimbangkan.
Demikian yang diujarkan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin pada hari ke-13 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21, Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, kelmarin, bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, Ketua Kampung Belimbing berkenaan dengan satu cadangan bagi mengadakan satu kawasan khas sebagai Kampung Budaya.
Seterusnya, Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan turut menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim mengenai dengan penyejajaran agensi-agensi untuk memastikan ekosistem yang ada ketika ini untuk memajukan industri pelancongan berjalan dengan lancar dan efisien.
“Ini memang andang macam 'atulah' rasa hati dan juga niat kementerian ani untuk memastikan bahawa proses ketibaan pra 'arrival' dan hingga 'arrival' dan seterusnya masa di Brunei dan terus balik 'atu' berjalan dengan lancar.
“Jadi sebagai usaha kementerian-kementerian, pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dalam melaksanakan pelan hala tuju telah pun menjadi 'guideline principle' untuk memastikan the 'whole ecosystem' di 'take into consideration'. Jadi terdapat empat working committee ditubuhkan di mana Working Committee on Connectivity, Infrastructure, Manpower 'and also' Product Enhancement untuk melihati 'the whole value system ani' untuk memastikan bahawa tidak ada 'gaps' dalam ekosistem yang ada.
“InsyaaAllah dengan adanya jawatankuasa 'ani' yang tergantung, yang apa 'ani', yang melibatkan agensi-agensi berkenaan, 'immigration' dan juga apa namanya, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Daerah dan juga para pihak hotel dan juga, apa namanya, penyedia-penyedia produk pelancongan akan dapat terlibat membincangkan dan mengatasi sebarang cabaran yang dihadapi di sana," ujar Yang Berhormat.
Dari segi meningkatkan kapasiti dalaman, ujar Yang Berhormat, memang diakui KSSUP mempunyai jabatan yang kecil dalam kemajuan pelancongan ini, memang akan terus diusahakan untuk meningkatkan lagi kapasiti dengan 'innovative ways to enhance and enable the capacity' itu diperkembangkan dengan menggunakan teknologi yang ada.
Dari segi mengukuhkan infrastruktur, tambah Yang Berhormat lagi, memang dalam Rancangan Kemajuan Negara terdapat dua projek pengukuhan infrastruktur asas dan kemudahan awam tempat-tempat menarik pelancongan di negara ini serta meningkatkan industri pelancongan di negara ini yang mana peruntukannya masa ini rendah. Tapi insyaaAllah, kalau sekiranya 'we are ready to implement' usulnya 'ready to implement we will go back to the' jawatankuasa untuk memohon peruntukan tambahan bagi membolehkan projek-projek ini dilaksanakan pada tahun ini.